MatchPoint Times

Home

Rakyat dinasihat tangguh perjalanan tak penting ke Iran

Cover Image for Rakyat dinasihat tangguh perjalanan tak penting ke Iran

Wisma Putra mengesahkan semua rakyat Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran dalam keadaan selamat.

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri menggesa rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan tidak penting ke Iran buat sementara waktu susulan kekacauan semakin meluas di negara itu.

Wisma Putra dalam kenyataan mengesahkan semua rakyat Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran dalam keadaan selamat dan pihak kedutaan aktif menghubungi mereka bagi memastikan kesejahteraan serta menyampaikan maklumat terkini.

Ia menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau sedang mengembara di kawasan terjejas sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Tags:demonstrasiIranperjalanan tak pentingtangguh


Penuntut Upsi lemas ketika cuba selamat rakan

Saksi maklum mangsa berusia lingkungan 20an dihanyutkan air deras di Air Terjun Kedondong, Batang Kali.

🟡FMT Reporters

47 sekolah di Sabah, Sarawak tak dapat operasi hari pertama persekolahan

Sekolah itu sama ada terputus hubungan, kawasan sekolah dinaiki air atau dijadikan pusat pemindahan sementara.

🟡FMT Reporters