PETALING JAYA: Rancangan kerajaan untuk mengasingkan peranan peguam negara (AG) dengan pendakwa raya kini masuk fasa kedua, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.
Azalina berkata, ini susulan satu kajian menyeluruh yang membandingkan amalan terbaik antarabangsa, mengambil kira maklum balas lebih 7,000 responden melalui kumpulan fokus, soal selidik dan temu ramah.
“Fasa kedua ini akan memberi tumpuan kepada pemuktamadan struktur institusi, penelitian keperluan pindaan Perlembagaan Persekutuan, pindaan undang-undang berkaitan serta penggubalan undang-undang baharu bagi memastikan pelaksanaan agenda reformasi ini berjalan secara menyeluruh dan berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
