PETALING JAYA: Lima lagi individu melibatkan empat penguat kuasa dan seorang pesara agensi penguatkuasaan ditahan kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan rangkaian pusat urut terkemuka dalam negara.
Bagaimanapun, empat daripada mereka melibatkan tiga penguat kuasa dan pesara itu direman empat hari hingga 2 Feb selepas Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi.
Sumber berkata, sebelum itu kelima-lima suspek lelaki berusia lingkungan 30 hinga 60-an ditahan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya ketika hadir memberi keterangan sekitar 5 petang hingga 7 malam semalam.
