PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas setiausaha politik kepada bekas ketua menteri Melaka bersama isterinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM3 juta
Menurut sumber, pasangan suami isteri itu ditahan kira-kira 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Siasatan awal mendapati suspek bergelar ‘Datuk Wira’, yang dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Februari hingga November 2021, menggunakan wang rasuah tersebut untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang.
