PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan bekas pengerusi Felda Isa Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah dijadualkan semula kepada 5 Feb tahun depan di Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz berkata tarikh baharu itu ditetapkan semasa pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof hari ini.
Beliau memberitahu Bernama bahawa tarikh pendengaran yang sepatutnya ditetapkan pada 4 Dis terpaksa dijadualkan semula kerana Isa, 75, dimasukkan ke hospital.
