PUTRAJAYA: Rosmah Mansor sekali lagi gagal untuk menggugurkan hakim yang tiga tahun lalu mensabitkannya dengan kesalahan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk sekolah luar bandar di Sarawak.
Dalam keputusan sebulat suara, Mahkamah Rayuan menolak dakwaannya bahawa Hakim Mohamed Zaini Mazlan berat sebelah, dengan memutuskan bahawa tuduhan itu tidak berasas.
“Perayu (Rosmah) juga gagal menunjukkan bahawa hakim perbicaraan berat sebelah,” kata Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim yang mengetuai panel tiga hakim.