PETALING JAYA: Peguam mewakili keluarga tiga lelaki ditembak mati polis Melaka bulan lalu menegaskan status perkahwinan atau rekod jenayah lampau individu dikaitkan dengan kes itu tidak relevan kepada kejadian berkenaan.
Semalam, Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan Bernama berkata, seorang wanita mendakwa seorang daripada suspek ditembak mati polis di Durian Tunggal, bulan lalu adalah suaminya.
Beliau berkata, wanita itu – yang merakam audio kejadian – dan lelaki berkenaan hanya pasangan kekasih yang tinggal bersama selama tiga tahun, dan wanita terbabit mempunyai 10 rekod jenayah lampau sejak 2012.
