PETALING JAYA: Kes 31 remaja bawah umur yang ditahan kerana bekerja di sebuah kilang kotak menggunakan kad pengenalan milik orang lain menunjukkan risiko pematuhan undang-undang yang serius dan boleh menjejaskan imej negara.
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Syed Hussain Syed Husman berkata penggunaan kad pengenalan atau MyKad orang lain menandakan wujudnya kelemahan dalam sistem tapisan dan pengesahan pekerja, termasuk tiada verifikasi biometrik atau semakan silang yang lebih ketat.
Katanya, majikan yang menggaji pekerja bawah umur, walaupun tanpa sedar, tetap boleh dikenakan tindakan kerana gagal melaksanakan verifikasi identiti yang mencukupi.
