KUALA LUMPUR: Remaja lelaki yang mengaku bersalah mencederakan bekas ketua polis Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman sewaktu operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 100 jam.
Perkara itu dimaklumkan peguam Muhammad Najib Ahmad yang mewakili remaja berusia 16 tahun itu selepas prosiding kes di hadapan Majistret Nurfarahain Roslan.
“Mahkamah memerintahkan anak guam menyelesaikan hukuman dalam masa enam bulan dengan pemantauan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
