MatchPoint Times

Home

Restoran didakwa masak semula sisa makanan diarah tutup 14 hari, denda RM750

Cover Image for Restoran didakwa masak semula sisa makanan diarah tutup 14 hari, denda RM750

Majlis Bandaraya Seremban mengeluarkan tiga kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan dan pamer iklan tanpa kebenaran serta tidak menjaga kebersihan dan tiada jadual pembersihan tandas.

PETALING JAYA: Sebuah restoran nasi kandar di Seremban yang didakwa mencuci sisa makanan sebelum dimasak dan dijual semula, diarahkan tutup 14 hari mulai semalam dan didenda RM750.

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM750 kepada pemilik perniagaan atas kesalahan menjalankan perniagaan dan mempamerkan iklan tanpa kebenarannya serta tidak menjaga kebersihan dan tiada jadual pembersihan tandas.

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan berkata, arahan penutupan premis dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan notis kompaun dikeluarkan bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Tags:JKNNSkompaunMBSnasi kandarrestoranSerembanTutup


Kenapa peruntukan jalan persekutuan untuk Sabah rendah, soal pembantu KM

Mazlan Joehari Manan persoalkan mengapa Sabah diperuntukan RM341 juta pada 2025, banding Johor iaitu RM424 juta untuk selenggara jalan persekutuan.

🟡FMT Reporters

Man allegedly sets fire to brother-in-law’s flat

Police say the suspect was angry at the victim for interfering in his marriage.

🟡FMT Reporters