MatchPoint Times

Home

Rewcastle Brown mahu tuduhan fitnah Sultanah Terengganu digugur

Cover Image for Rewcastle Brown mahu tuduhan fitnah Sultanah Terengganu digugur

Editor Sarawak Report itu dalam representasi kepada Jabatan Peguam Negara menyatakan dia tidak mungkin akan hadir ke mahkamah di Malaysia.

PETALING JAYA: Wartawan British, Clare Rewcastle Brown, meminta pertuduhan fitnah jenayah melibatkan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah digugurkan atas alasan beliau menetap di United Kingdom (UK) dan tidak mungkin dapat hadir ke mahkamah Malaysia.

Editor Sarawak Report itu mengemukakan rayuan melalui representasi difailkan kepada Jabatan Peguam Negara selepas Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dua tahun terhadapnya kerana memfitnah Sultanah secara jenayah.

Bulan lalu, Hakim Radzi Harun memutuskan sabitan tersebut tidak sah memandangkan Rewcastle Brown tidak hadir secara fizikal di mahkamah ketika menghadapi pertuduhan jenayah. Yang Amat Arif turut mengarahkan agar kes berkenaan dibicarakan semula.

Tags:1MDBClare Rewcastle BrownfitnahJabatan Peguam NegarajenayahrepresentasiSultanah Nur Zahirah


AirBorneo eyes peninsula routes ahead of regional expansion

Sarawak minister Abdul Karim Rahman Hamzah says the new airline could begin expanding to regional destinations such as Indonesia, Thailand, Singapore and the Philippines from 2027.

🟡Bernama

Rewcastle Brown wants charge for defaming Terengganu sultanah dropped

In representations to the AGC, the Sarawak Report editor says she is unlikely to appear in a Malaysian court.

🟡V Anbalagan