KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang memberi amaran negara berisiko berdepan masalah aliran tunai susulan pelaburan besar RM611 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) tanpa hasil konsisten.
Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata dalam perbahasannya sebelum ini, beliau membangkitkan beberapa petanda antaranya ketiadaan sistem hasil baharu seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sebelum ini menyumbang 3% kepada KDNK.
Menurutnya, kadar kutipan hasil menerusi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menggantikannya dijangka lebih rendah.