PETALING JAYA: Pelantikan menteri dan timbalan menteri hal ehwal agama bukan dalam kalangan pemimpin Amanah memberi isyarat parti pimpinan Mohamad Sabu tidak berada dalam kedudukan kukuh untuk melobi wakil tambahan khususnya portfolio itu, kata penganalisis.
Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, landskap politik semasa khususnya kekuatan PAS dalam naratif agama memberi tekanan besar kepada kerajaan perpaduan, sekali gus menjadikan portfolio agama satu jawatan yang sensitif dan berisiko tinggi.
“Portfolio agama ini menjaga banyak perkara dan dalam konteks sekarang, mungkin lebih sesuai dipegang oleh seorang teknokrat yang bukan ahli politik.
