MatchPoint Times

Home

RTS Link mesti jadi model baharu projek besar, pembangkang gesa kerajaan

Cover Image for RTS Link mesti jadi model baharu projek besar, pembangkang gesa kerajaan

Pembangkang mahu RTS Link jadi projek paling telus dan paling dipantau, menekankan sifar kecacatan, sifar kompromi, dan sifar toleransi.

KUALA LUMPUR: Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura (RTS Link) mesti menjadi model baharu bagi projek besar tanahair, menekankan tiga perkara iaitu sifar kecacatan dari segi teknikal, sifar kompromi berkenaan kedaulatan, dan sifar toleransi terhadap ketirisan.

“Jika kerajaan benar-benar mahu projek ini menjadi kebanggaan negara, maka jadikan ia projek paling telus dan paling dipantau dalam sejarah Malaysia–Singapura,” tegas Dr Halimah Ali (PN-Kapar) ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) RTS Link Johor Bahru-Singapura di Dewan Rakyat.

Halimah berkata beliau menyokong projek transit merentasi Selat Johor itu, yang disifatkan sebagai strategik, namun “sejarah mengajar kita bahawa projek mega tanpa disiplin tadbir urus akan merosakkan keyakinan rakyat”.

Tags:Dewan RakyatHalimah AliRTS Link


Cops probe murder of 18-year-old in Lundu, Sarawak

District police chief Sudirman Kram said the teen was sent to Sarawak General Hospital in an unconscious state.

🟡FMT Reporters

Akmal an enemy within BN-PH govt, says Melaka PH Youth

Trio of youth chiefs question Dr Akmal Saleh’s political direction after he called for an Umno-PAS alliance in the next Melaka polls.

🟡FMT Reporters