KUALA LUMPUR: Mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berlangsung di kediaman Presiden Muhyiddin Yassin hari ini ketika parti berdepan kemelut susulan pemecatan Timbalan Presiden Hamzah Zainudin, semalam.
Kenderaan membawa barisan kepimpinan tertinggi mula dilihat memasuki kawasan kediaman kira-kira 9 pagi bagi menghadiri mesyuarat dijangka membincangkan hala tuju Bersatu serta perkembangan terkini susulan krisis kepimpinan.
Setiausaha Agung Azmin Ali antara yang terawal tiba bagi menyertai perbincangan tertutup bersama pimpinan lain.
