PETALING JAYA: Malaysia dan Bangladesh mesti membincangkan usaha membanteras kartel dalam pasaran pengambilan buruh ketika mesyuarat khas antara pegawai tinggi kedua-dua negara selama tiga hari di Kuala Lumpur bermula hari ini, kata seorang bekas Ahli Parlimen.
Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, sistem dan proses semasa mesti dibaharui, terutamanya cara ejen didakwa mempunyai kaitan dengan kartel beroperasi, mengenakan bayaran setinggi RM20,000 untuk pekerja Bangladesh datang bekerja di Malaysia.
“Jangan tergesa-gesa buka semula pintu yang ‘rosak’. Betulkan ‘rumahnya’ dahulu. Saya hendak ingatkan agar kita tidak buka semula pasaran buruh Malaysia-Bangladesh tanpa reformasi sebenar.