PETALING JAYA: Rang Undang-undang (RUU) Pemberian Mengikut Bilangan Orang akan dibentang pada sesi persidangan Parlimen akan datang bagi menguatkuasa kenaikan kadar sebanyak 25% kepada kerajaan negeri, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Pindaan itu akan membatalkan kadar pemberian semasa di bawah Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Akta 622), yang berkuat kuasa sejak 1 Jan 2002.
“MoF sedang dalam tindakan untuk membuat pindaan kepada perkara ini dan akan membentangkan RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang pada sesi Parlimen yang berikutnya,” katanya dalam jawapan bertulis di laman Parlimen.
