KUALA LUMPUR: Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mendakwa kerja perunding yang dilantik pentadbiran terdahulu tidak memuaskan sehingga menyebabkan proses menggubal RUU Perubahan Iklim tertangguh lama.
Bekas menteri sumber asli dan kelestarian alam itu berkata, ketika beliau mengambil alih kementerian, kerja-kerja berkaitan perundangan itu hampir tidak bergerak, dengan satu-satunya langkah nyata setakat itu hanyalah pelantikan seorang perunding.
“Ini salah satu tragedi dalam tadbir urus – kita ambil perunding mahal, tapi hasil kerjanya teruk,” katanya ketika berucap pada persidangan anjuran IDEAS.
