KUALA LUMPUR: Pengguna dijangka dapat menikmati baki pinjaman lebih rendah jika mahu menyelesaikannya lebih awal menerusi penambahbaikan Rang Undang-undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, berkata perkara itu antara penambahbaikan dibuat menerusi RUU berkenaan susulan pemansuhan kadar sama rata dan kaedah Peraturan 78 bagi pinjaman sewa beli kadar tetap bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212).
Katanya, RUU itu juga merangkumi pengenalan penggunaan kadar faedah efektif dan kaedah pengurangan baki lebih telus dan adil kepada pengguna.