PETALING JAYA: Kerajaan negeri Sabah akan menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Peringkat Negeri untuk kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pada 14 Ogos ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) merangkap Exco Pendidikan dan Agama negeri, Mohd Arifin Mohd Arif, berkata majlis terbabit juga akan diadakan secara serentak di semua masjid dan surau seluruh negeri.
“Pada 8 Ogos (Jumaat lalu), saya mengarahkan pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk menyelaras Majlis Tahlil dan Doa untuk kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di semua masjid dan surau seluruh negeri Sabah.