PETALING JAYA: Sabah belum sampai ke tahap untuk mengeluarkan sebarang lesen melombong khususnya emas dan sehingga ini hanya lesen mencarigali untuk kerja eksplorasi dikeluarkan, kata Ketua Menteri Hajiji Noor.
Hajiji ketika menggulung perbahasan pada persidangan DUN Sabah berkata lesen mencari gali atau ‘prospecting licence’ (PL) adalah kebenaran untuk syarikat melakukan kerja eksplorasi di kawasan ditetapkan, lapor Berita Harian.
Beliau menjawab soalan Ketua Pembangkang, Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) mengenai tanah kira-kira 400 hektar di Nagos, Semporna yang didakwa diberi kepada pihak tertentu untuk aktiviti eksplorasi mineral.