PETALING JAYA: Bekas menteri Saifuddin Abdullah memutuskan untuk menarik balik rayuannya terhadap pemecatan beliau daripada Bersatu, beberapa jam selepas seorang lagi Ahli Parlimen berbuat demikian.
Dalam sepucuk surat kepada parti itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota tersebut berkata beliau menarik balik rayuan itu berkuat kuasa serta-merta.
“Saya memohon lembaga rayuan (Bersatu) mengambil maklum dan menghentikan segala prosiding atau pertimbangan lanjut berkaitan rayuan saya,” katanya.
