PETALING JAYA: Bekas pemimpin Bersatu Saifuddin Abdullah menggariskan tiga faktor utama mengapa Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan sebagai presiden Bersatu dan berundur daripada pencalonan perdana menteri.
Saifuddin berkata desakan itu disuarakan secara terbuka sejak Oktober tahun lalu susulan keyakinannya Muhyiddin telah hilang kemampuan untuk memimpin Bersatu dan Perikatan Nasional (PN), khususnya selepas Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu (PAT) 2025.
Kritikannya itu menjadi punca bekas ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) Bersatu dipecat parti pada 6 Jan lalu.
