PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail didesak memberi penjelasan berhubung pemberian kewarganegaraan kepada tujuh pemain naturalisasi selepas Fifa mendedahkan sijil lahir palsu digunakan untuk melayakkan mereka bermain untuk Malaysia.
Ini bercanggah jaminan Saifuddin di Parlimen semua pemain melalui tapisan dan ujian bahasa yang betul.
Laporan Jawatankuasa Rayuan Fifa — disokong keterangan pemain — mendapati beberapa pemain tidak boleh berbahasa Melayu dan menandatangani dokumen tanpa memahaminya.
