PETALING JAYA: Mahkamah Koroner Kota Kinabalu diberitahu, Zara Qairina Mahathir digelar ‘Zara bermasalah’ oleh pelajar lain di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.
Saksi ke-16 iaitu pelajar Tingkatan 5 memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, menyatakan Zara Qairina tidak disukai oleh sebahagian pelajar di asrama berkenaan.
“Kalau saya tanya ‘Zara yang mana’, mereka akan jawab ‘Zara yang bermasalah’. Saya juga bertanya jenis masalah yang dikatakan dan mereka menjawab ‘mencuri’.