PETALING JAYA: Lebih 4.8 juta rakyat membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam tempoh empat hari, dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM312.6 juta di seluruh negara.
Kementerian Kewangan memaklumkan, hari keempat pelaksanaan inisiatif itu berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM117.1 juta.
Jumlah ini melibatkan 1.8 juta penerima berbanding hanya RM76.8 juta oleh 1.1 juta penerima semalam, tambahnya.