KUCHING: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menerima peruntukan USD479,463 atau kira-kira RM2 juta daripada Global Wildlife Program (GWP) Malaysia sempena Hari Orang Utan Sedunia 2025 bagi pemuliharaan mamalia itu.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Len Talif Salleh, berkata dana itu akan digunakan bagi kawalan sempadan, perlindungan habitat serta strategi pemuliharaan inklusif bersama komuniti.

Beliau berkata, ia membuktikan komitmen jangka panjang Sarawak dalam melindungi orang utan Borneo (Pongo pygmaeus) serta memelihara biodiversiti negeri.