KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi menggesa saringan terhadap kontraktor dilaksanakan bagi memastikan hanya yang benar-benar aktif diketengahkan dalam industri pembinaan.
Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, langkah itu bagi mengelakkan persaingan tidak sihat yang boleh menjejaskan kelangsungan pemain sebenar dalam industri berkenaan.
“Ini (saringan) mesti dilakukan. Jika tidak, kita akan terus bersaing sesama sendiri. Persaingan ini ada yang sihat, tetapi banyak yang tidak sihat,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) ke-46 di sini, malam tadi.
