SHAH ALAM: Dr Mahathir Mohamad terpaksa mempertahankan legasinya sebagai perdana menteri selepas pasukan peguam bela Anwar Ibrahim menuduh beliau seorang diktator.
Semasa pemeriksaan balas saman RM150 juta oleh Mahathir terhadap Perdana Menteri Anwar, Mahathir ditanya sama ada beliau bersetuju reputasinya, susulan 22 tahun memegang jawatan perdana menteri ketika Barisan Nasional (BN) berkuasa, bergantung pada persepsi umum terhadap kepimpinan beliau.
“Tiada diktator pernah meletak jawatan,” jawab Mahathir kepada soalan peguam, Ranjit Singh.
