KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata Anwar Ibrahim sepatutnya mengikuti jejak langkahnya turun daripada jawatan perdana menteri seperti dilakukannya selepas ditolak Bersatu pada 2020.
Berucap pada perhimpunan pembangkang di Dataran Merdeka, Mahathir mengimbau semula saat dirinya meletak jawatan lima tahun lalu dari jawatan disandangya buat kali kedua dan digantikan Muhyiddin Yassin.
Tindakan Mahathir meletak jawatan menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 ketika itu tumbang digantikan kerajaan campuran diketuai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.