KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menggunakan bekas pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, merancang kemasukan RM42 juta ke dalam akaun peribadinya.
Memberi keterangan dalam saman sivil yang difailkan oleh SRC International dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd, Najib menolak cubaan plaintif untuk membentuk apa yang disifatkannya sebagai ‘rantaian arahan’ melalui individu seperti Nik Faisal.
“Saya tidak menggunakan Nik Faisal atau mana-mana individu sebagai perantara untuk mengarah atau menentukan keputusan BOD SRC atau merancang kemasukan RM42 juta ke dalam akaun saya,” katanya.
