JOHOR BAHRU: Gangguan sistem e-gate bagi laluan keluar dan masuk yang berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) sejak semalam sedang giat dipulihkan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, kata setakat 6 petang tadi, sebanyak 26 daripada 68 unit e-gate di BSI, dan tiga daripada 12 e-gate di KSAB, Iskandar Puteri kembali berfungsi seperti biasa.
“Keadaan kesesakan di kedua-dua CIQ itu juga terkawal berdasarkan pemantauan yang dibuat petang tadi,” katanya.