PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional Sabah, Ronald Kiandee berkata prosiding inkues yang diminta keluarga Zara Qairina Mahathir perlu diadakan segera susulan siasatan ke atas kematian pelajar Tingkatan Satu itu.
Ahli Parlimen Beluran itu menyifatkan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk pihak berkuasa menggali semula kubur bagi menjalani bedah siasat ke atas jenazah Zara Qairina sebagai permulaan penting menepis dakwaan dan persepsi pelbagai pihak terhadap kelemahan serta kepincangan dalam siasatan awal.
Beliau berkata, perhimpunan ‘Justice for Zara’ semalam membuktikan solidariti dan kebangkitan rakyat dalam menuntut keadilan buat mangsa serta keluarganya.