MatchPoint Times

Home

Sekatan sementara AI Grok ditarik balik jika isu kandungan selesai, kata Fahmi

Cover Image for Sekatan sementara AI Grok ditarik balik jika isu kandungan selesai, kata Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kebimbangan terhadap Grok bukan hanya di Malaysia tetapi negara lain termasuk Indonesia dan beberapa negara Eropah.

KUALA LUMPUR: Sekatan sementara terhadap fungsi kecerdasan buatan (AI) Grok di aplikasi X hanya akan ditarik semula jika isu berkaitan penghasilan kandungan mudarat dapat diselesaikan sepenuhnya oleh pihak platform berkenaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata pihak X perlu membuktikan secara menyeluruh bahawa kandungan berbentuk video atau imej yang boleh disalahgunakan tidak lagi dihasilkan sebelum sekatan sementara itu ditarik sepenuhnya.

“Sekiranya mereka berjaya untuk menyahaktifkan dan tidak membolehkan penghasilan bahan-bahan yang dianggap online harm ataupun mudarat ini maka kerajaan akan menghentikan sekatan sementara ke atas Grok.

Tags:AIFahmi FadzilGrokkandunganSekatanSKMM


Sinner to meet Gaston in Australian Open first round, Sabalenka to play French wildcard

Jannik Sinner is chasing a third successive title at Melbourne Park.

🟡Reuters

Mahkamah tolak permohonan GISB, CEO cabar fatwa Selangor

Mahkamah Tinggi berkata ia tidak boleh mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjadi penentu dalam hal berkaitan agama Islam.

🟡FMT Reporters