KUALA LUMPUR: Beberapa sektor strategik negara seperti semikonduktor akan mendapat perhatian yang lebih positif daripada Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) akan datang.
Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, masih terdapat rundingan yang perlu dibuat mengenai tarif sektoral, yang mana bawah Seksyen 232, AS berpendapat perbincangan seterusnya perlu diadakan untuk beberapa sektor lain yang dianggap penting.
“Kita perlu melihat gambaran yang lebih meluas, khususnya 1,711 garis yang merangkumi lebih kurang 12% jumlah eksport kita dalam nilai. Pada masa yang sama, ini boleh berkembang lagi kerana produk-produk ini kemudiannya akan dikecualikan daripada tarif 19%.