KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Tan Kim Loong dan Low May Lin yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho membayar 1MDB hampir USD2.8 bilion kerana menerima serta menyembunyikan dana diseleweng.
Hakim Mahazan Mat Taib membuat keputusan memihak kepada 1MDB dan mengarahkan Tan, yang dikenali Eric membayar USD2.795 bilion serta May Lin membayar USD809,319.
Beliau berkata, bukti dikemukakan 1MDB dan empat anak syarikatnya menunjukkan penyelewengan dana rumit serta berlapis yang dilakukan individu berkedudukan dan disokong struktur luar pesisir serta rakan sekutu dipercayai, termasuk kedua-dua defendan.
