PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang bekas eksekutif Telekom Malaysia selepas mendapatinya bersalah menyeleweng harta syarikat bernilai RM1.6 juta.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Azman Abdullah memutuskan wujud keterangan yang menunjukkan Shamsul Bahri Musa, 56, melakukan kesalahan-kesalahan terbabit.
Azman yang bersidang bersama-sama Hakim Azmi Ariffin dan Radzi Abdul Hamid sebelum itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Shamsul daripada empat tuduhan pecah amanah jenayah (CBT).
