MatchPoint Times

Home

Sepasang bakal pengantin maut, SUV jatuh gaung

Cover Image for Sepasang bakal pengantin maut, SUV jatuh gaung

Mangsa dipercayai melalui jalan yang ditutup akibat tanah runtuh.

KUALA BERANG: Sepasang bakal pengantin maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas dalam gaung di KM52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah), petang Jumaat.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Sharudin Abdul Wahab, berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Hassan Shazali, 52, dari Melor, Kota Bharu dan Suzaimah Che Azis, 34, dari Gua Musang disahkan meninggal dunia di lokasi.

Beliau berkata, lelaki itu bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir, Gua Musang, manakala pasangannya bekerja di kantin sekolah sama dan mereka dijadual melangsungkan perkahwinan 25 Dis ini.

Tags:gaunggurukemalanganmautPolis


Teacher and fiance killed as car falls into ravine

Hassan Shazali, 52, and Suzaimah Che Azis, 34, who both worked at the same school, were planning to be wed on Dec 25.

🟡Bernama

Bersatu Kuala Terengganu desak Hamzah isytihar gencatan politik dalaman

Bersatu Kuala Terengganu menggesa Timbalan Presiden Hamzah Zainudin menafikan tuduhan mengaitkannya dengan ‘gerakan subversif’ atau cubaan mencabar kepimpinan Presiden Muhyiddin Yassin.

🟡FMT Reporters