MatchPoint Times

Home

‘Serang’ kenderaan polis, 4 diberkas cuba halang siasatan kes dera budak madrasah

Cover Image for ‘Serang’ kenderaan polis, 4 diberkas cuba halang siasatan kes dera budak madrasah

Polis Kota Kinabalu berkata suspek cuba membuka pintu kenderaan serta menendang dan memukul kenderaan polis untuk halang tangkapan ke atas seorang lelaki.

PETALING JAYA: Empat lelaki ditahan kerana cuba menghalang tugas penjawat awam dengan menendang dan memukul kenderaan pihak berkuasa ketika polis menjalankan tugas menyiasat kes dera kanak-kanak di Telipok, Kota Kinabalu, semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu Kasim Muda, berkata tangkapan melibatkan suspek berusia 30 hingga 50-an selain sebatang besi dirampas dalam kejadian 6.45 petang.

Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan kes penderaan kira-kira 11.55 malam pada 14 Dis dipercayai berlaku di sebuah premis perniagaan di Kota Kinabalu, melibatkan sekumpulan pelajar sebuah madrasah dan seorang lelaki dewasa.

Tags:derahalang tugasipd kota kinabalukanak-kanaklelakitangkap


Delhi restricts vehicles, office attendance in bid to curb pollution

The curbs ban older diesel trucks from entering the city, suspend construction, including public projects, and impose hybrid schooling.

🟡Reuters

Menteri kena pantas bukan sekadar retorik, tegas PM

Anwar Ibrahim tekan barisan Kabinet pantas laksana dasar dan sampai kepada rakyat tanpa sebarang alasan.

🟡FMT Reporters