TEL AVIV: Serangan peluru berpandu terbaru dari Iran mencetuskan siri letupan di Tel Aviv yang menyebabkan kebakaran di sebuah bangunan kediaman berhampiran pusat komersial Israel pada Jumaat.
Serangan itu menyusul tindakan Israel memperluaskan kempen menentang Hizbullah, sambil berikrar untuk membalas tindakan kumpulan militan disokong Tehran itu kerana turut serta dalam konflik susulan pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei pada Sabtu lalu.
Penyiar rasmi Iran melaporkan Tehran melepaskan peluru berpandu “menyasarkan lokasi penting di Tel Aviv” selepas tentera Israel memaklumkan mereka giat memintas peluru berpandu Iran pada lewat malam Khamis.
