PETALING JAYA: Felda mengumumkan pelantikan semula bekas menteri Ahmad Shabery Cheek sebagai pengerusinya.
Sebelum ini, Felda mengumumkan kontrak beliau tamat 30 Jun lalu selepas melengkapkan perkhidmatan selama dua tahun.
Dalam kenyataan hari ini, Felda mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas kepercayaan diberikan kepada Shabery untuk terus menerajui lembaga itu.