PUTRAJAYA: Sebanyak 72 sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pada 27 dan 28 Okt ini sempena Sidang Kemuncak Asean ke-47, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Fadhlina berkata sekolah-sekolah yang terlibat terletak di kawasan atau di sepanjang laluan yang dijangka mengalami kesesakan lalu lintas sepanjang sidang kemuncak itu berlangsung.
“Aktiviti sekolah di 72 sekolah berkenaan akan diteruskan seperti biasa melalui pembelajaran dalam talian,” katanya kepada pemberita selepas sesi townhall anti-buli hari ini.