PETALING JAYA: Sifat terlalu optimis kebanyakan rakyat tentang simpanan persaraan mengundang risiko kewangan apabila mereka mencapai usia tua, menurut seorang pegawai Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.
Ketua Pegawai Strategi dan Perkhidmatan, Nazaiful Affendi Zainal Abidin, berkata ramai rakyat salah anggap mereka mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi berbanding orang lain.
“Data yang ada tidak menunjukkan perkara sedemikian,” katanya pada wacana di Forum Ekonomi Malaysia.
