PETALING JAYA: Sindiket pengedaran dadah antarabangsa menggunakan jalan laut tumpas selepas polis menahan 10 individu termasuk suami isteri dalam empat serbuan di Muar, Batu Pahat dan Cheras.
Dalam serbuan pada 21 Julai lalu, polis turut merampas 61.3kg methampethamin dan 51.3 gram pil ekstasi bernilai RM2 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata polis sebelum itu menahan sebuah kereta mewah di Parit Pulai di Parit Jawa, Muar dan menahan seorang lelaki.