MatchPoint Times

Home

Sindiket pecah rumah babit kerugian hampir RM1 juta tumpas di P Pinang

Cover Image for Sindiket pecah rumah babit kerugian hampir RM1 juta tumpas di P Pinang

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar berkata semua lapan suspek yang ditahan dalam Op Shadow itu akan didakwa esok.

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pecah rumah yang dianggotai lapan lelaki tempatan dengan kerugian dianggar menghampiri RM1 juta menerusi Op Shadow di Pulau Pinang, pertengahan bulan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar, berkata susulan operasi khas berkenaan, semua lapan suspek berusia 22 hingga 35 tahun itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, esok.

Katanya, mereka akan dituduh di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Tags:M KumarolisOp Shadowpecah rumahsindiket


Bahrain air defences down 102 missiles, 171 drones amid Iranian attacks

The gulf country’s military command commended operational performance and said its national airspace remains secure.

🟡Bernama

Hibiscus Petroleum a big winner as oil prices surge

The oil and gas producer’s shares have soared nearly 50% since the US and Israel attacked Iran on Feb 28.

🟡Lee Min Keong