PETALING JAYA: Sistem ‘satu saluran, satu tawaran’ bagi kemasukan ke program matrikulasi dan universiti awam dilihat tidak memadai menangani isu ketidakadilan struktur dalam sistem kemasukan ke institut pengajian tinggi, dakwa seorang pemimpin DAP.
Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Ho Chi Yang berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu melaksanakan reformasi lebih menyeluruh dengan menyatukan standard kemasukan berasaskan merit, keadilan sosial dan keperluan.
“Pengenalan sistem ‘satu saluran, satu tawaran’ bagi permohonan kemasukan ke pra-universiti yang bertujuan mengelakkan pertindihan tawaran kepada pelajar, dilihat dapat mengurangkan pertindihan fungsi dan kerenah birokrasi.
