KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang di Malaysia kini telah pulih sepenuhnya oleh penyedia sistem.
MAHB berkata operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di seluruh lapangan terbang telah kembali beroperasi seperti biasa.
“Pasukan lapangan terbang dan syarikat penerbangan akan terus memantau keadaan untuk memastikan pemprosesan berjalan lancar. Kami berterima kasih kepada para pengguna atas kesabaran serta kerjasama mereka berhadapan dengan kejadian ini,” kata MAHB di media sosial.
