PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM ) merampas pelbagai peralatan komunikasi termasuk SIM Box dan kad sim dalam satu operasi bersepadu di Kajang baru-baru ini, bagi membanteras penyalahgunaannya untuk jenayah dan penipuan.
Dalam satu kenyataan, SKMM berkata, operasi bersama pasukan polis itu berjaya merampas 50 peralatan SIM Box, 5,000 kad sim dan kelengkapan berkaitan untuk tujuan siasatan.
Katanya, peralatan SIM Box serta penggunaan kad sim secara pukal, termasuk kad sim asing sering disalahguna bagi penciptaan akaun palsu dalam talian secara besar-besaran serta memintas kawalan keselamatan platform digital.
