PETALING JAYA: Seorang individu disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana dipercayai memuat naik kandungan bersifat mengancam, menghina, dan jelik melampau terhadap kerabat diraja Terengganu menerusi akaun peribadinya di X.
Dalam kenyataan, SKMM memaklumkan kandungan itu didapati menyentuh sensitiviti institusi diraja dan mengandungi unsur penghinaan serta ancaman berpotensi mencetuskan kebencian, ketegangan awam, dan gangguan terhadap ketenteraman negara.
“Bagi membantu siasatan, individu berkenaan telah dipanggil untuk sesi rakaman percakapan yang dijalankan di Balai Polis Lanchang semalam,” menurut kenyataan itu.
