PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat kandungan palsu menyentuh Institusi Diraja dimuat naik oleh individu menerusi akaun Facebook miliknya.
Menurut kenyataan MCMC kandungan berkenaan dipercayai mengandungi dakwaan tidak berasas kononnya Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan awal mengenai pelantikan ketua hakim negara.
“Dakwaan tersebut mengelirukan orang ramai dan menjejaskan integriti sistem perundangan negara serta kewibawaan Institusi Diraja,” menurut kenyataan itu.